Pages

Wednesday, December 15, 2010

14 Wajah Rapunzel Versi Sebenar

EncikKool rase ramai tahu dan kenal sape tu Rapunzel. Bagi yang tak kenal tu, Rapunzel ni satu geng gak la dengan Cinderella, Sleeping Beauty, dan Beauty and the Beast. Puteri-puteri dalam fairytale barat. Baru-baru ni gak baru ditayangkan cite Tangled yang menceritakan tentang Rapunzel ni la. Kalau korang tahu sal Rapunzel, mesti korang tahu sal rambutnye yang panjang tu kan. Ala, yang die gunakan untuk turun dari menara yang penjarakan die tu. So, hari ni Encik Kool nak tunjuk kat korang sume gambar Rapunzel versi sebenar. Teruskan Membaca untuk layan gambar. 

Sunday, December 12, 2010

10 Beg Shopping Yang Kool

Macam-macam strategi pengiklanan yang digunakan oleh syarikat-syarikat untuk mempromosikan barang diorang. Antaranya ialah memaparkannya pada beg shopping. Tapi untuk membuatkan mesej atau pon iklan itu menarik perhatian, mereka harus kreatif agar ia mudah diingati. So, layan gambar-gambar yang kool ini. Tapi hairan la jugak, jarang nampak beg-beg macam ni kat Malaysia. Orang Malaysia tak cukup kreatif ke atau pon stratregi pengiklanan ni  terlalu menelan kos dan tak sesuai digunakan dalam konteks perniagaan di Malaysia. Ape.-ape pon teruskan membaca. 

Saturday, December 11, 2010

Tips Menulis Dengan Pantas

Hello guys, hari Encik Kool sedikit sedih coz ade bende tak best telah terjadi. Kehilangan sesuatu bende yang telah menemani diri ini selama 2 tahun. Tapi takpe, ujian dari Tuhan. Hari ni Encik Kool nak berkongsi tips menulis dengan pantas menurut pengalaman Encik Kool. Dulu, Encik Kool menulis dengan menggunakan 2 jari. Laju tu boleh la tahan tapi kene tengok keyboard la. So, memang tak puas la bila menaip. Rase macam terikat dengan keyboard je. Setelah menggoogle dan menyoutube, Encik Kool terjumpa la satu software ni.

Apabila Doraemon Nak BerCosplay

Rasenye semua orang pernah tengok kartun robot kucing yang mempunyai macam-macam gadget kool dan selalu menggunakannya untuk membantu kawannya. Ia, tak lain tak bukan mesti la Doraemon (padahal kat tajuk da tulis). Kalau korang nak tahu Doraemon ni takde la asyik dok tolong Nobita je dari apa-apa masalah tapi bila dia lapang, dia pon ade gak hobi sendiri. Hobi Doraemon ni adalah berCosplay. Pada sape-sape yang tak tahu pasal cosplay ni korang layan je lah gambar ni. Nanti korang paham la.

Sunday, December 5, 2010

6 Hasil Kreativiti Lego dari Filem

Lego adalah mainan yang Encik Kool rase ramai da pernah main. Lego memang best sebabnya ia merangsang kreativit pemainnya. Dengan Lego, kita boleh buat kereta, robot, kapal terbang da macam-macam lagi. So, kepada ibubapa yang nak berjimat tu, boleh la kalau korang nak beli Lego untuk anak korang. Di samping dapat berjimat, anak korang akan jadi lagi kreatif. So, kedua-dua dapat faedah. Tapi, Encik Kool hari ni nak kongsi gambar-gambar permainan Lego yang dicipta berdasarkan filem-filem Hollywood. So, klik untuk layan gambar.

Monday, November 29, 2010

Tips Lajukan Broadband Yang Dah Nyawa-Nyawa Ikan


Hi guys, dalam post kali ni, Encik Kool nak cite sal cara melajukan broadband yang Encik Kool baca dari blog Budak Botak. Macam Encik Kool, kalau nak online mesti gune samada wireless atau broadband. So, ade la masalah-masalah yang akan berlaku macam slow connection dan kehabisan bandwiths. Tak macam pengguna Streamyx yang bagi Encik Kool agak luxurious la. So, harap-harap tips ni dapat la membantu korang. Selamat Mencuba..

5 Video Bayi Comel

Hi guys, da lame Encik Kool tak update blog ni.Rasenye da penuh da ngan sesawang.Anyway, topik hari ni tak melibatkan sebarang cite tentang Justin Bieber, mane la tau korang ni antara yang terkene hype si mamat Bieber nie(memandai je Encik Kool ni). Tapi post hari ni tentang baby atau bayi. Bayi ni seperti yang korang selalu dengar adalah seperti kain putih. Diorang begitu innocent and pure hearted. Itu yang menjadikan diorang sangat tomey..hehe..Dalam post kali ni, Encik Kool nak berkongsi video-video yang Encik Kool rase memang sangat adorable lah untuk dikongsi dengan korang semue. Teruskan membaca untuk tengok video-video ni.

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha

Kepada semua bloggers dan pembaca blog ni, Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan.

Monday, November 8, 2010

Saya Mahu Nyanyi

Agak lama Encik Kool tak update blog ni, sedikit busy la.Tapi takpe, hari ni Encik Kool nak sembang tentang industri nyanyian. Sekarang ni dah berlambak-lambak rancangan realiti yang kononnya nak mencungkil bakat nyanyian macam AF, Malaysian Idol dan berbagai-bagai lagi la.(Ponat nak tulih kesemuanya). Disebabkan itu, budak-budak muda telah tersogok dengan idea kepopularan yang sebenarnya sementara jew dan kekayaan(sesetengah jew bleh buat duet). So, semua orang nak jadi penyanyi dengan harapan dapat popular dan kaya. Last-last semua jadi cam minah dalam video ni. Stress sebab nyanyi x best. It is okay if you are not meant to be a singer. It is not the end of the world lorh..Klik kalau nak tngok video.

Wednesday, November 3, 2010

Orang Putih Cakap Bahasa Melayu

Bukan senang untuk seseorang itu mempelajari bahasa yang sangat asing dengan dirinya. Kita yang telah melalui pembelajaran Bahasa Inggeris selama 11 tahun secara amnya di sekolah masih lagi terkial-kial hendak berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. (Tamat penulisan menggunakan bahasa baku,haha). Tapi,  tadi Encik Kool ade bace post di Oh Tidak n Encik Kool nak tabik spring kepada sorang mamat ni yang memang boleh dikatakan agak mantap penguasaan Bahasa Melayunya dan dia adalah Orang Putih, Mat Saleh, American dan yang sama waktu dengannya.(Kalau orang Melayu takde lah masuk blog).

Nama mamat nie Ben Bradshaw atau Badshah(die kate banyak orang panggil die dengan nama ni). Die ni merupakan pelajar Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Utah di Amerika Syarikat. Dia mula belajar Bahasa Melayu ketika menetap di Sabah dan Sarawak dulu. Sekarang mamat ni agak famous di Malaysia dan dia pon da tahu. So, dia pon ade buat video-video menceritakan tentang dirinya dan ada juga video tentang mengajar orang Melayu slang American. So, kalau korang berminat nak tengok video dari Ben Bradshwa a.k.a Badshah ni boleh la terus membaca post ini.

Senarai 5 Band Paling Pelik

Encik Kool pasti ramai budak-budak muda sekarang suke jamming n ramai di antara diorang yang sudah wujudkan sendiri band.(macam r ak ni tua sngat). Sebenarnya bagus jugak korang menghabiskan masa dengan berjamming daripada buat aktiviti yang tidak berfaedah. Boleh jugak mengelakkan diri dari maksiat. Encik Kool da tak larat nak baca cerita tentang pembuangan bayi kat paper.So, pandai-pandai la bawak diri. Tamat sudah sesi lecture yang tak berbayar dari Encik Kool. 

Sebenarnya Encik Kool nak tunjukkan gambar band-band yang pelik yang Encik Kool baca dari Oddee. Bila korang da ade band sendirik, mesti ade identiti yang korang cube nak bawak yang melambangkan korang atau mesej yang korang cuba bawak. Tapi maybe sesetengah orang rase bende tu nampak pelik. Tapi Encik Kool menyokong band-band nie. Go on, pedulikan ape orang nak kate asal kite happy. Kalau ade orang banyak songeh ngan korang cakap je yang ok pe ak ade band, korang ade?haha..Ok, teruskan membaca untuk layan gambar-gambar band yang dimaksudkan.

Sunday, October 31, 2010

Tips Google Secara Berkesan

Google, mesti ramai orang da familiar dengan nama ni. Di saat korang memerlukan bantuan dia tetap setia di sisi (Apasal da macam jiwang da aku ni, tak masuk topik langsung). Anyway, Google adalah search engine yang paling mantap pada masa ini. Dialah yang korang guna kalau nak search mp3, nak download movie, nak search bahan untuk assignment n macam-macam lagi la. Tapi hari ini Encik Kool nak berkongsi satu tips yang Encik Kool rasa sangat berguna kalau kita nak search with Google, Kalau nak tahu macam biasa la, Keep on reading.

Magic with iPad

Korang mesti da pernah dengar kan sal iPad, salah satu produk dari Apple yang mengiurkan.(En. Kool pon x mampu nak beli lg,isk3)Tapi takpe, boleh layan dulu video nie.. Mesti lepas nie korang terus pegi beli punye. Rupanya iPAd nie boleh jugak digunakan utk magik jalanan.

Viral Video (Iklan je Sebenarnya)

Ramai yang tak tahu maksud istilah viral video ni. Kepada yang tahu buat-buat je la tak tahu.haha..Kalau nak bace versi orang puteh pegi la sini.Viral Video. Kalau pada sape2 yang nak tahu definisi secara ringkas dan padat dan tengok contoh-contoh video viral, sila la teruskan membaca..

Ping Pong (Bruce Lee Style)

Korang memang dah tahukan yang China ni memang antara kuasa kuat dalam sukan ping pong  Mesti sblom nie korang tertanya-tanya camne la diorang nie berlatih.Nah, sekarang rahsia dah terbongkar.Patut la terer semacam je. Pakai nunchaku pon da power cam nie. Kalau gune bat ping pong mesti la lg dashyat.