Sunday, January 16, 2011

Binatang Yang Serupa Tapi Tak Sama

Hello guys, pagi ni Encik Kool takde keje,So, pe lagi, update la blog. Bukan senang rupenya nak menjadi blogger yang aktif ni. Selalu je ade kekangan masa dan sebagainya (alasan je, padahal pemalas). So, tak payah la dok mengomel panjang lebar. Hari ni Encik Kool nak berkongsi gambar-gambar haiwan pelik. Pelik bukan dari segi spesisnya tapi dari segi warnanya. Ye la, kalau sebut je pape binatang mesti korang terbayang rupa dan warnanya kan. Tetapi, untuk binatang berwarna pelik yang Encik Kool nak tunjuk ni memang akan membuat korang rase pelik. So, teruskan membaca untuk layan gambar. 


Sylvia Mythen, seorang nenek berusia 70 tahun dari  Venice telah menjumpai seekor buaya yang berwarna oren. Ketika itu, beliau tengah memandu pulang dari kerja dan kemudiannya terlanggar buaya itu. Kesian buaya tu. Lepas tu, setelah perasan akan kelainan warnanya ape lagi, die pon terus la ambik gambar dan hantar ke stesen berita tempatan. Beliau turut menghubungi seorang ahli biologi yang mempercayai bahawa buaya ni adalah separuh albino. Kalau albino mesti die putih terus kan, tapi separuh albino mesti la putih separuh. Gapo dio kaler oren plak. Gary Morse dari agensi Hidupan Liar dan Ikan Florida menjelaskan yang mungkin elemen persekitaran yang menyebabkan die jadik oren. Owh... Tapi ape pon, dengan penemuan buaya oren itu mungkin akan menyebabkan University of Florida Gators yang menggunakan maskot buaya biasa akan bertukar ke buaya oren plak.haha.


Seterusnya, beruang kutub yang berwarna ungu. gila aneh kan. Sepatutnya beruang kutub kaler putih. Cam mane plak boleh kaler ungu ni. Beruang ni da mencipta nama kat Zoo Bandar Mendoza kat Argentina bila secara tiba-tiba ia bertukar warna menjadi ungu. Rupa-rupanya ni bukan warna asalnye. Beruang yang bernama Pelusa ini mempunyai sejenis penyakit kulit dan apabila ia cuba dirawat oleh staf zoo ni tiba-tiba je jadik ungu. Tapi kesannya cuma sementara sahaja. Tak lama lepas tu, Pelusa pon menjadi beruang kutub bese balik tapi takpe la, die da pon famous. Buktinya, kan korang da kenal die.hehe


Yang ketiga dan terakhir, Encik Kool tahu ade antara korang yang minat kaler pink especially pompuan. Lelaki pon ade tapi kurang la. So, kalau korang suka sangat kumpul bende kaler pink apakata korarang kumpul lak binatang ni.hehe. Selalu kite tengok serangga ni warnanya tak begitu menonjol dan hampir sama dengan warna alam. Salah satu sebabnya adalah sebagai mekanisme pertahanan. Tapi, lain plak citenye dengan seekor serangga ni yang berwarna pink. Kesian ko, mesti selalu kene serang dengan serangga lain ke serangga lain jadik takut ngan ko. hehe..Binatang ni name die katydid. Entah pe nama dia lam Bahasa Melayu. Nak kate mentadak bukan. Belalang kunyit pon bukan. Tapi dikatakan sebab ia berwarna cam tu sebab keadaan genetik yang luar biasa. 



Laporan asal Oddee

4 comments:

  1. haha...semat seyh...beruang tu paling bes...gummybear!

    ReplyDelete
  2. itu la..ko gtau baru pasan..
    ske kot cite gummy bear tu...hik3...
    minum tonik pe tah pastu leh lompat2..hehe..

    ReplyDelete
  3. like semua..singa warne pink xder ke en.kool??hehe

    ReplyDelete