Pages

Friday, February 11, 2011

10 Orang Hebat Yang Tidak Mempunyai Tangan

Hi guys, dah lama blog ni tak diupdate. Hari ni Encik Kool nak berkongsi gambar-gambar yang telah menimbulkan rasa insaf dalam diri. Mereka ini adalah golongan orang kurang upaya yang tidak mempunyai tangan namun telah membuktikan bahawa ia bukan penghalang untuk mereka membuat sesuatu. Klik gambar untuk melihat gambar- gambar yang dimaksudkan. 

Mark Stutzman akan menarik perhatian pemanah apabila dia mula membuka beg dan bersiap untuk memanah. Tiada apa yang menarik tentang peralatannya kerana ia adalah sama sahaja dengan pemanah yang lain. Yang istimewa tentang Mark adalah dia menggunakan kakinya untuk memanah. Dia tidak mempunyai tangan sejak lahir lagi. Mark kemudiannya diambik menjadi anak kepada pasangan yang mempunyai 8 orang anak.Dia tidak pernah menjadikan kecacatannya sebagai satu penghalang. Semua aktiviti dilakukan dengan kakinya, samaada makan, memandu kenderaan, dan menulis. Malah, dia menaip mesej di telefonnya lebih pantas dari kebanyakkan orang. Mark mula serius dalam sukan memanah ketika dia berumur 16 tahun. 

Apabila die memasuki pertandingan, tumpuan selalu terarah kepadanya dan dia perlu menyesuaikan diri dalam keadaan itu. Mark juga bertanding atas kategori normal yang bermaksud dia akan bertanding melawan pemanah normal yang menggunakan tangan. Skor normalnya adalah di tahap yang cukup bagus dan beliau adalah salah seoarang peserta dalam pasukan Olimpik 2012.


 Barbie Guerra kehilangan tangannya ketika berumur 2 tahun  kerana kemalangan. Namun, beliau  tetap berjaya sebagai model kesihatan. 


May 19, 2010, orang ramai terpegun melihat seorang lelaki yang sedang menulis kata-kata inspirasi  dalam kaligrafi Cina. Lelaki yang berasal dari wilayah Shandong itu menujukan kata-kata itu kepada pekerja Foxconn Corporation dan menasihatkan mereka agar tidak membuat perkara-perkara bodoh seperti terjun dari bangunan dan membunuh diri. Ini kerana terdapat 10 kes bunuh diri yang melibatkan pekerja Foxconn. Ramai antara  mereka yang menyatakan sokongan terhadap usaha lelaki tersebut dan ada yang membeli hasil karyanya.

Menurut lelaki tersebut, dia adalah seorang chef di Beijing namun disebabkan kejadian  letupan gas telah membuatkannya kehilangan tangannya. Dia amat bertuah dapat hidup. Disebabkan kesulitan hidupnya, dia berlatih menulis menggunakan kaki. Ia bukan sahaja berjaya memotivasikan ramai orang malah telah mnenampung kos perubatannya.


Tommy McAuliffe adalah Juara Dunia bagi Kategori Pemain Golf Tanpa Tangan. Dilahirkan pada tahun 1893 di Buffalo, New York, beliau anak sulung daripada 5 adik-beradik. Tangannya telah putus dilanggar oleh keretapi pada tahun 1902. Nasibnya baik kerana masih hidup. Dia belajar untuk menulis dengan memegang pensil melalui mulutnya. Beliau adalah presiden kelas ketika tahun seniornya, telah belajar di kolej selama 3 tahun, berkahwin pada 1919, bapa kepada empat orang anak dan datuk kepada 16 cucu. Dia menjadi caddy di padang golf berhampiran rumahnya. Dengan menggunakan kayu golf terbuang, dia berlatih sehingga berjaya menjuarai pertandingan gold antara caddy.


Belajar untuk berjalan bermaksud kita akan jatuh beberapa kali sebelum berjaya. Untuk Tony Melendez, yang dilahirkan tanpa tangan, ia bermaksud dia akan jatuh atas mukanya setiap kali sehingga dia berjaya. Kesan dari itu, dia menanam semangat untuk terus mencuba sehingga berjaya  Dia ingin belajar bermain gitar dan bermain 7 jam sehari sehingga dia berjaya menghasilkan muzik melalui gitarnya. Melendez telah merantau ke 40 buah negara dan seluruh Amerika untuk memberikan motivasi kepada orang ramai.


Seorang penunggan motorsikal menerima amaran daripada pegawai polis di China kerana membawa motorsikal tanpa tangan. Pegawai polis itu memberhentikannya kerana membawa lebihan muatan namum terkejut selepas melihat keadaaanya. Liu, 27, kehilangan kedua-dua tangannya kerana terkena kejutan elektrik.Ketika berumur 10 tahun, ibubapanya menghantar Liu ke sarkas untuk belajar menjadi penghibur dan bermula dari itu dia telah belajar menunngang motorsikal. Liu mengaku bahawa telah menunggang motorsikal selama 10 tahun dengan motorsila yang diubahsuainya tanpa mempunyai lesen. Menurutnya, sarkas tempadt dia bekerja telah ditutup 3 tahun yang lalu. Polis ingin menyamannya namun disebabkan beliau tidak mempunyai wang, dia hanya dikenakan amaran keras. Liu berjanji tidak akan menunggang motorsikal lagi.

 
Peter Longstaff' bukan sahaja telah mengajar dirinya untuk melukis malah  lelaki berumuthe 48-telah menjalani hidupnya sebagai seorang penternak khinzir, seorang ayah dan jurulatih ragbi. Peter telah dilahirkan tanpa tangan dan ketika dia masih budak dia telah melatih kaki kanannya sebagai ganti tangan kanannya dan dia cukup berdikari dalam menyiapkan kerja rumahnya seperti biasa ketika bersekolah di Teesside. Peter turut  berkebolehan untuk memandu Range Rover miliknya . Karya Peter dipamerkan di Royal College of Art di London pada tahun 2009. 

 

Ketika Liu Wei naik ke pentas China's Got Talent buat kali pertama, suasana senyap  dan tumpuan diberikan kepadanya. Pemain piano tanpa tangan itu bermain dengan menggunaka jari kakinya.  Lagu pertama yang dimainkannya adalah lagu sedih bertajuk “Mariage D'amour” oleh Richard Clayderman. Pada 10 Oktober 2010, telah diumumkan bahawa beliau telah memenangi pertandingan tersebut. Liu kehilangan tangannya apabila terkena kejutan elektrik.

Jessica Cox ketika masih di dalam kandungan tidak menunjukkan sebarang masalah.  Namun, beliau dilahirkan tanpa tangan dan juga semangat yang kuat. Beliau adalah graduan psikologi yang boleh menulis, menaip, memandu, menyikat rambut dan bercakap melalui telefon dengan menggunakan kaki. Cik Cox, dari Tuscon, Arizona, USA, juga adalah bekas penari dan pemegang talipinggang hitam dalam Tai Kwon-Do. Dia boleh memandu kapal terbang dan menulis 25 perkataan seminit. Kapal terbang yang dipandunya bernama Ercoupe and antara kapal terbang yang direka tanpa pedal. Walaupun mengambil masa 3 tahun untuk mengambil lesen dan berlatih selama 89 jam, Jessica berjaya menjadi juruterbang yang pertama tanpa tangan. 

 
Kyle Maynard bukanlah atlit sekolah yang biasa. Kyle adalah penggusti yang hebat di sekolahnya dan dia juga cemerlang di dalam kelas. Dia juga belajar di Universiti Georgia. Kyle merupakan inspirasi  bagi mereka yang menghadapi kesukaran dalam hidup. Kyle dilahirkan tanpa siku dan lutut. Maynard sekarang adalah jurucakap di Biro Komunikasi Washington dalam pengkhususan pengucapan motivasi. Dia juga telah menulis sebuah memoir tentang dirinya. 


Laporan asal Oddee

1 comment: