Pages

Wednesday, December 15, 2010

14 Wajah Rapunzel Versi Sebenar

EncikKool rase ramai tahu dan kenal sape tu Rapunzel. Bagi yang tak kenal tu, Rapunzel ni satu geng gak la dengan Cinderella, Sleeping Beauty, dan Beauty and the Beast. Puteri-puteri dalam fairytale barat. Baru-baru ni gak baru ditayangkan cite Tangled yang menceritakan tentang Rapunzel ni la. Kalau korang tahu sal Rapunzel, mesti korang tahu sal rambutnye yang panjang tu kan. Ala, yang die gunakan untuk turun dari menara yang penjarakan die tu. So, hari ni Encik Kool nak tunjuk kat korang sume gambar Rapunzel versi sebenar. Teruskan Membaca untuk layan gambar. 

Sunday, December 12, 2010

10 Beg Shopping Yang Kool

Macam-macam strategi pengiklanan yang digunakan oleh syarikat-syarikat untuk mempromosikan barang diorang. Antaranya ialah memaparkannya pada beg shopping. Tapi untuk membuatkan mesej atau pon iklan itu menarik perhatian, mereka harus kreatif agar ia mudah diingati. So, layan gambar-gambar yang kool ini. Tapi hairan la jugak, jarang nampak beg-beg macam ni kat Malaysia. Orang Malaysia tak cukup kreatif ke atau pon stratregi pengiklanan ni  terlalu menelan kos dan tak sesuai digunakan dalam konteks perniagaan di Malaysia. Ape.-ape pon teruskan membaca. 

Saturday, December 11, 2010

Tips Menulis Dengan Pantas

Hello guys, hari Encik Kool sedikit sedih coz ade bende tak best telah terjadi. Kehilangan sesuatu bende yang telah menemani diri ini selama 2 tahun. Tapi takpe, ujian dari Tuhan. Hari ni Encik Kool nak berkongsi tips menulis dengan pantas menurut pengalaman Encik Kool. Dulu, Encik Kool menulis dengan menggunakan 2 jari. Laju tu boleh la tahan tapi kene tengok keyboard la. So, memang tak puas la bila menaip. Rase macam terikat dengan keyboard je. Setelah menggoogle dan menyoutube, Encik Kool terjumpa la satu software ni.

Apabila Doraemon Nak BerCosplay

Rasenye semua orang pernah tengok kartun robot kucing yang mempunyai macam-macam gadget kool dan selalu menggunakannya untuk membantu kawannya. Ia, tak lain tak bukan mesti la Doraemon (padahal kat tajuk da tulis). Kalau korang nak tahu Doraemon ni takde la asyik dok tolong Nobita je dari apa-apa masalah tapi bila dia lapang, dia pon ade gak hobi sendiri. Hobi Doraemon ni adalah berCosplay. Pada sape-sape yang tak tahu pasal cosplay ni korang layan je lah gambar ni. Nanti korang paham la.

Sunday, December 5, 2010

6 Hasil Kreativiti Lego dari Filem

Lego adalah mainan yang Encik Kool rase ramai da pernah main. Lego memang best sebabnya ia merangsang kreativit pemainnya. Dengan Lego, kita boleh buat kereta, robot, kapal terbang da macam-macam lagi. So, kepada ibubapa yang nak berjimat tu, boleh la kalau korang nak beli Lego untuk anak korang. Di samping dapat berjimat, anak korang akan jadi lagi kreatif. So, kedua-dua dapat faedah. Tapi, Encik Kool hari ni nak kongsi gambar-gambar permainan Lego yang dicipta berdasarkan filem-filem Hollywood. So, klik untuk layan gambar.